1. Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima
bantuan persekolahan RM100.
2. Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer
Buku 1 Malaysia bernilai RM250.
3. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500
diteruskan untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga
diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan
kurang RM2000 sebulan.
4. Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di
seluruh negara.
5. Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya
dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.
6. Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari
RM4000-6000.
7. Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.
8. Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.
9. Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan
menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
10. 100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan
yang sesuai.
11. Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun
ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan.
12. RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.
13. Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang
berpendapatan RM3000 ke bawah.
14. Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan
pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.
15. Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.
16. Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30
projek rumah terbengkalai.
17. Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan
simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi
RM3000.
18. 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan
Sarawak.
19. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara.
2 comments:
Lama dah tak berupdate blog ini..
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.. Saya kirimkan koleksi ucapan hari raya sms sebagai tanda ingatan dari jauh..
Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar
SLMT HARI RAYA.. sbulan raya.. hehe..
Post a Comment