Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

Tuesday, July 4, 2017

Renew Insurans Kenderaan & Roadtax Murah

Di sini saya menyediakan perkhidmatan memperbaharui
insurans kenderaan serta cukai jalan pada kadar yang minimum
dan tidak membebankan kita sebagai pengguna. 
Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu kita yang
mungkin mengalami masalah kewangan, tiada masa untuk
ke pejabat pos, tiada masa untuk ke JPJ or ke pejabat insurans..
* Tidak perlu beri copy geran kepada saya
* Tidak perlu beri copy cover note kepada saya
* Bayaran premium insurans lebih murah & berpatutan
* Masa anda lebih teratur
* Tidak perlu beratur panjang di JPJ or Pejabat Pos
* Tidak perlu sediakan bayaran tinggi pada agent
* Roadtax akan dipos dalam masa 3 hari bekerja selepas pembayaran dibuat
* Covernote baru akan dihantar ke email anda.
Untuk online perkhidmatan ini, sila isi borang di bawah

*Sebarang perubahan nilai kenderaan lebih rendah dari nilai pasaran, adalah menjadi tanggungjawab anda sekiranya terjadi apa-apa masalah kemudian berkaitan tuntutan sekiranya terjadi kemalangan.
*Rujuk SEMAK NILAI KENDERAAN untuk ketahui nilai terkini kenderaan anda
* Insurans yang ditawarkan ini adalah untuk Firstparty insurans sahaja / comprehensive.
* Permohonan yang lengkap sahaja akan diberi quotation menerusi email yang diberikan. 
* Hanya kenderaan bawah 10 tahun sahaja diproses

Antara pemohon yang mendapatkan perkhidmatan dari saya..
Contoh Customer 1

Contoh Customer 2

Contoh Customer 3
bayar pagi 17/8/2015, ptg dah receive roadtax....

PERINGATAN... QUOTATION AKAN DIHANTAR KE EMAIL YANG ANDA BERIKAN. SILA PASTIKAN EMAIL TERSEBUT SAH DIGUNAKAN DAN SENTIASA SEMAK EMAIL UNTUK MENGETAHUI STATUS QUOTATION.... QUOTATION AKAN DIHANTAR DALAM MASA 3 HARI BEKERJA... YANG MANA TIDAK MENERIMA QUOTATION, BOLEH DIANGGAP PERMOHONAN TIDAK DIPROSES ATAS FAKTOR PERMOHONAN TIDAK LENGKAP.... SILA REPLY EMAIL YANG DIBERIKAN SEKIRANYA BERSETUJU DENGAN JUMLAH YANG DISYORKAN. 





Share:

Thursday, September 29, 2016

Gambar dan Harga Proton Saga Baru 2016

Terkini, Proton baharu sahaja melancarkan Proton Saga baharu 2016 yang menjadi generasi ketiga daripada pengeluaran asal Proton Saga dari tahun 1985. Dari generasi ke generasi Proton Saga terus membuat pelbagai perubahan untuk berdaya saing dengan kelasnya.. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan, Khairi Jamaludin.


Proton Saga 2016 ini menggunakan enjin VVT 1.3L bagi menggantikan enjin sebelumnya yang menggunakan Campro IAFM 1.3L. Ianya adalah enjin yang sama digunakan oleh Proton Iriz dan Proton telah menambah baik sistem CVT yang diguna pakai pada Saga 2016. Proton Saga baru 2016 dikeluarkan dengan dari spesifikasi Standard 1.3 Manual & CVT, Executive 1.3 CVT serta Premium 1.3 CVT. Sehingga kini dimaklumkan, Proton Saga baru 2016 hanya dikeluarkan untuk variant 1.3L, tiada lagi 1.6L bagi memberi laluan kepada Proton Persona dengan kelasnya.

Gambar menarik Proton Saga baru 2016








Harga terkini Proton Saga 2016




Sumber :
PROTON
PAULTAN



Share:

Tuesday, August 23, 2016

Harga dan Spesifikasi Proton Persona Baru 2016

Pada hari ini, Proton baru sahaja memperkenalkan Proton Persona baharu yang berplatformkan asal dari Proton Iriz.. Proton Persona 2016 ini dikeluarkan dengan 3 variant yakni Standard, Executive & Premium dan ianya bernadikan enjin VVT, 1600cc bagi kesemua jenis variant & tidak lagi menggunakan enjin jenis Campro,  


Berikut, merupakan harga Proton Persona 2016

Kalau ikut dari segi reka bentuk luaran dan dalaman Proton Persona ni, memang jelas Proton sudah melangkah ke depan tidak lagi bercirikan rekabentuk sedia ada lagi.. Tapi kan, dengan menggunakan kotak gear jenis CVT, mungkin akan lebih menjimatkan lagi penggunaan minyak ditambah dengan sistem ECO yang diperkenalkan pada Persona baru ni.. 

Rekabentuk tampak lebih bergaya... 

Enjin VVT menggantikan Campro

Kemasan dalaman serta dashboard...


Panel Meter Persona 2016

Kemasan ruangan penumpang.. 

Untuk spesifikasi lengkap, boleh rujuk detail di bawah..
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

Untuk butiran gambar yang lebih lengkap, anda boleh rujuk laman web PROTON ataupun PAULTAN sebagai rujukan sebelum membeli kereta idaman anda ini.. Tak sabar rasanya nak tunggu kemunculan Proton Saga baru yang akan dilancarkan kemudian.. 
Share:

Saturday, July 23, 2016

Dunlop Formula D 05 Tayar Baru

Hampir 2 tahun lebih menggunakan tayar kereta jenama Bridgestone, tiba masanya untuk diganti.. Bridgestone MY02 memang tahan tayar dia, dan sehingga waktu ditukar, bunga tengah tayar masih lagi tebal.. Tapi disebabkan bunga tepi tayar tersebut dah nipis, saya rasa mungkin dah kena tukar ni.. Dah survey pelbagai kedai, sememangnya MY02 sudah tidak dikeluarkan lagi.. So saya decide mencari tayar jenama lain dengan harga kompetitif.. atau lebih murah la.. hehe.. sampai Kedah ni saya pergi tukar tayar.. disebabkan kos tayar di Kedah lebih murah berbanding di Lembah Klang...

Ni tayar terbaru yang saya gantikan pada dua tayar depan.. 
Menggunakan jenama lain yakni Dunlop Formula D05

Untuk pengetahuan, Dunlop buatan Malaysia sekarang di bawah syarikat Continental.. Penggantian tayar ni saya buat dengan meletakkan tayar baru di depan, dan tayar depan sedia ada diletakkan bahagian belakang.. Beberapa tips saya peroleh masa ke kedai tayar kereta. Mesti kebanyakan kita mencari tayar baru kan.. yakni tahun semasa serta kalau boleh bulan yang semasa pun dia nak.. tapi maklumat saya peroleh dari kedai tayar setelah dirisik2.. tayar sebenarnya ada tempoh masak dia selepas dikeluarkan dari kilang dan sebelum digunakan, kata mereka 9 bulan selepas dari tarikh pengeluaran baru elok.. dan bunga tak cepat haus kalau pakai nanti... hmm betul juga kan.. 

sebelum membeli tayar kereta yang baru, sila pastikan sama saiz tayar adalah bersesuaian dengan saiz rim kereta anda.. kereta saya menggunakan saiz tayar 195/50/15... dan benda yang utama hampa perlu lihat adalah seperti gambar di bawah... Dah dua minggu guna Dunlop Formula D05, rasa mcm senang pula nak pusing2 stereng.. ikuti tips pembelian tayar yang saya share sini... hehehe...

 di sini part yang penting.. yang menyatakan bulan bila dikeluarkan tahun bila dikeluarkan.. pada tayar saya, dinyatakan 5115, bermaksud dikeluarkan pada minggu 51 yakni bulan Disember, pada tahun 2015... Treadwear dinyatakan 340, semakin tinggi jumlah treadwear semakin lambat bunga nak haus.. Traction A di situ bermaksud kekuatan cengkaman tayar.. paling bagus AA la.. semakin kurang adalah C... dan dinyatakan Temperature A untuk kawasan panas.. macam Malaysia ni la..

apa yang saya diberitahu, tayar baru sekarang hanya ada outside & inside..
tiada lagi rotation seperti tayar Bridgestone MY02 yang digunakan..

ni Bridgestone yang masih saya gunakan untuk tayar belakang...

MY02 Sporty Style.. bunga masih tebal lagi kan di bahagian tengah...

Kenali Tayar Kereta Anda...

Share:

Saturday, August 15, 2015

Proton Perkenal Saga Plus - RM33,242.40

Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan Saga Plus, varian baharu yang dilengkapi ciri tambahan termasuk reka luaran Saga Executive pada lingkungan harga Saga SV. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata Saga Plus diperkenalkan dengan prestasi yang mampu menggantikan varian Saga SV, menerusi lima ciri baharu tanpa kos tambahan kepada pengguna.




"Dengan pengenalan varian baharu ini, PROTON akan mengurangkan penawaran varian dengan menghentikan pengurangan bagi varian Executive dan varian SE variants dalam usaha memberikan lebih nilai kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.



Terdapat lima elemen extra yang ditampilkan dan ia tidak mengundang sebarang pertambahan harga! Elemen yang dimaksudkan ialah rim aloi bersaiz 14-inci, kit badan sepenuhnya, spoiler, hiasan belakang yang sama dengan warna kerangka dan tanda gred ‘Plus’.


Saga Plus dijual pada harga atas jalan serendah RM33,242 hingga RM36, 576 seunit. Ia bakal memasuki semua bilik pameran Proton mulai 15 Ogos ini. Saga Plus ini telah pun bersedia menerima tempahan dan boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown. Ia turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 60,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).
 
Berikut merupakan harga pasaran bagi Proton Saga Plus








Sumber : Proton
              Paultan



Share:

Wednesday, September 10, 2014

Gambar serta Harga Proton Iriz

Proton akan melancarkan kereta kompak terbaru mereka iaitu
 pada 25 September 2014 ini di Tanjung Malim, 
Harga bagi kereta dengan siri ini masih menjadi tanda tanya. 
tetapi saya sudah menyenaraikan harga jangkaan di pasaran..
Namanya berkemungkinan akan diumumkan sebagai Proton Iriz.











Harga PROTON IRIZ
Model Executive:
  • Executive 1.3 M Solid : RM42,800
  • Executive 1.3 M Metallic : RM43,300
  • Executive 1.3 CVT Solid : RM43,300
  • Executive 1.3 CVT Metallic : RM47,300
  • Executive 1.6 M Solid : RM46,800
  • Executive 1.6 M Metallic : RM47,300
  • Executive 1.6 CVT Solid : RM50,800
  • Executive 1.6 CVT Metallic : RM51,300
Model Premium:
  • Premium 1.6 CVT Solid : RM54,800
  • Premium 1.6 CVT Metallic : RM55,300

Sila hubungi wakil sah jualan Proton:
Fauzie : 0176515748


Website Proton IRIZ 





Sumber : Paultan.org
                Ohmedia.my
               beritasemasa.com.my









 
Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com