Saturday, August 15, 2015

Proton Perkenal Saga Plus - RM33,242.40

Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan Saga Plus, varian baharu yang dilengkapi ciri tambahan termasuk reka luaran Saga Executive pada lingkungan harga Saga SV. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata Saga Plus diperkenalkan dengan prestasi yang mampu menggantikan varian Saga SV, menerusi lima ciri baharu tanpa kos tambahan kepada pengguna.




"Dengan pengenalan varian baharu ini, PROTON akan mengurangkan penawaran varian dengan menghentikan pengurangan bagi varian Executive dan varian SE variants dalam usaha memberikan lebih nilai kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.



Terdapat lima elemen extra yang ditampilkan dan ia tidak mengundang sebarang pertambahan harga! Elemen yang dimaksudkan ialah rim aloi bersaiz 14-inci, kit badan sepenuhnya, spoiler, hiasan belakang yang sama dengan warna kerangka dan tanda gred ‘Plus’.


Saga Plus dijual pada harga atas jalan serendah RM33,242 hingga RM36, 576 seunit. Ia bakal memasuki semua bilik pameran Proton mulai 15 Ogos ini. Saga Plus ini telah pun bersedia menerima tempahan dan boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown. Ia turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 60,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).
 
Berikut merupakan harga pasaran bagi Proton Saga Plus








Sumber : Proton
              Paultan



Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com