Thursday, July 28, 2016

Syarat Masuk MBBS

Ramai yang private message saya bertanya mengenai syarat kemasukan ke MBBS.. MBBS tu apa? Ianya adalah pengajian untuk mereka yang nak jadi doktor perubatan, Bachelor of Medicine Bachelor of Surgery.. Tempoh pengajian bagi MBBS adalah selama 5 tahun. Untuk pengetahun, setiap institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta menggunakan syarat yang sama daripada pihak Malaysian Medical Council (MMC).


Berikut merupakan syarat kemasukan ke program MBBS:
MBBS entry requirement:
kemaskini sehingga 28 Julai 2016. 

SYARAT 1 (Syarat A + Syarat B)
Syarat A)

i) SPM - minimum gred 5B dalam subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik @ Matematik Tambahan serta 1 tambhan subjek lain.

@
ii) O-levels - minimum 5B dalam subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik @ Matematik Tambahan serta satu lagi subjek lain.

Syarat B)
1) STPM aliran sains - skurangnya gred BBB, ABC @ AAC (Bio, Kimia, Fizik @ Math)

@

2) A-Levels - sekurangnya gred BBB, ABC @ AAC (Bio, Kimia, Fizik @ Math)

@

3) Foundation Sains / Matrikulasi - Bio, Kimia, Fizik @ Math sekurang CGPA 3.00.

SYARAT 2
- Diploma Sains - CGPA sekurangnya 3.50. + SPM sekurangnya 2B dalam Fizik / Kimia / Bio serta 3 kredit dalam subjek English, Matematik / Matematik Tambahan dan satu subjek lain.

SYARAT 3
- Ijazah Sarjana Muda Sains - CGPA sekurangnya 3.00


Syarat yang dinyatakan kemungkinan boleh berubah mengikut ketetapan oleh pihak berkaitan yakni Malaysian Medical Council (MMC). Syarat yang dinyatakan di sini dirujuk daripada laman rasmi MMC yakni. http://www.mmc.gov.my

Untuk memohon MBBS atau bertanya lanjut mengenai program yang lain boleh refer SINI



Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com