Saturday, April 13, 2013

Peringatan : Perisian Windows XP Akan Tamat 8 April 2014

Setelah bersama pengguna komputer di seluruh dunia, akhirnya Microsoft menyatakan benar-benar akan menghentikan sistem perisian Windows XP pada tahun 2014 nanti. Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April, 2014.

Dalam satu kenyataan, Microsoft berkata walaupun tarikh akhir itu adalah lebih kurang setahun lagi, adalah penting bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna di Malaysia untuk beralih daripada XP, satu sistem operasi 11 tahun untuk mengelakkan kelemahan dan risiko yang berpotensi mengganggu operasi perniagaan dan mengakibatkan peningkatan kos. Termasuk beberapa pejabat kerajaan serta swasta yang masih menggunakan perisian Windows XP.

Ia berkata mulai 8 April, 2014, Microsoft tidak lagi akan memberikan pembaikan dan kemas kini automatik atau bantuan teknikal dalam talian untuk Windows XP. Ini juga bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang melindungi komputer peribadi daripada virus, perisian pengintip dan lain-lain perisian perosak

Menurut jurucakap Ketua Pegawai Pemasaran  & Operasi Microsoft Malaysia : Walaupun XP adalah salah satu sistem operasi yang paling popular dalam sejarah Microsoft, ia tidak direka untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti peningkatan pendedahan kepada serangan siber dan permintaan untuk privasi data yang lebih tinggi, tidak seperti sistem operasi Windows 7 dan 8,

Sebagai bantuan kepada pengguna, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Centre, http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos, di mana pengguna boleh mendapat maklumat mengenai isu ini, dan belajar daripada penganalisis dan lain-lain pengguna di negara ini

Pada tahun 2002 Microsoft memperkenalkan kecanggihan perisian sisem operasi yang memiliki kedudukan dan kredibiliti yang membawa produk Microsoft lebih kedepan. Berkesesuaian dgn itu, Windows XP dipadankan dengan produk Office 2003 yang sehingga kini sudah berkhidmat hampir 11 tahun.

Maka sehingga 8 April 2014 nanti, Microsoft tidak lagi akan kemas kini perisian tersebut termasuk untuk kegunaan antivirus serta beberapa kegunaan software.

Pengguna boleh la ke website Microsoft utk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan ini
WINDOWS XP END 8 APRIL 2014

Antara Windows yang kita blh update termasuk utk saya 
klik gambar seperti di bawah :







Sumber : BERNAMA serta media massa
Share:

0 comments:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com