Friday, March 29, 2013

Sebab Kenapa Pelajar Cemerlang SPM Gagal Mendapat Tempat IPTA



Pelbagai kes telah sy jumpa smasa proses
pengambilan pelajar PTPL & MSU dibuat..
ada ramai yg masih mengharap kpd pengambilan IPTA
walhal apabila merujuk kpd kputusan SPM
mereka dikategorikan antara yg tidak mndapat
tempat di IPTA atas bberapa sebab yg ada..

Keputusan SPM yang diperolehi 2 calon (contoh kes sebenar)

Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
- Digunakan sebagai benchmark
- Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan
gred B & C dalam matapelajaran lain


Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip  meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. 
Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama.
 Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan

Pengiraan merit

Sebagai Perbandingan dan Panduan
Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah

Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Di UPU, markah merit yang diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah

Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat
Pelajar sebenarnya boleh membuat pengiraan sendiri markah merit yang akan diperolehi; Malah pelajar boleh mula cuba mengira seawal mereka mendapat keputusan peperiksaan percubaan SPM

Andaian Salah oleh pelajar
Di dalam kes yang dirujuk ini calon mengakui beberapa perkara berikut
Calon A bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah (double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B, tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA

Rumusan dan panduan
Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain 
Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon
Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.



Sumber : Halatuju




Share:

5 comments:

fatima azzahra said...

Good info :)

Unknown said...

info utk kita kongsi bersama..

luqman aziz said...

come on..modern math dapat c takkan nak jadi peguam?

Unknown said...

benda tu blh jd disebabkan tiada kesedaran pd diri di mana tahap kita sbnarnya.. sy menerima bnyk permohonan yg trlalu tinggi dr pencapaian.. subjek sains tulen langsung xkredit.. tp memohon utk MBBS.. ada juga kes BI xkredit tp memohon utk Law.. mereka perlu diberi bimbingan di mna tahap mereka yg sbnarnya..

witchbish said...

This might be the real reason why you failed your UPU application
http://deiconic.blogspot.com/p/matriculation.html

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com